SELAMAT DATANG KE BLOG PPD REMBAU

Thursday, March 15, 2012

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID DAERAH REMBAU 2012

Perhatian kepada semua Hakim dan Ketua Kontinjen Sekolah.!


MTAQ kali ini akan berlangsung di SMK Dato' Sedia Raja dan SK Chembong.


1. Semua acara sekolah menengah dan Nasyid Sekolah Rendah akan berlangsung di SMK Dato' Sedia Raja. Para Hakim bagi acara berkenaan serta semua kontinjen sekolah menengah hendaklah hadir dan mendaftar di SMK Dato' Sedia Raja. Sebaik sahaja pertandingan tamat, para hakim berkenaan dan semua kontinjen sekolah menengah akan bergerak ke Dewan Besar SMK Dato' Sedia Raja untuk upacara Majlis Penutup pada jam 12.45 tengahari.  


2. Semua acara Sekolah Rendah KECUALI Nasyid akan dijalankan di SK Chembong. Untuk itu, para hakim untuk acara berkenaan serta semua kontinjen sekolah rendah  KECUALI acara nasyid hendaklah hadir dan mendaftar terus ke SK Chembong sebelum jam 8.00 pagi. Sebaik sahaja pertandingan tamat, para hakim berkenaan dan semua kontinjen sekolah rendah akan bergerak ke Dewan Besar SMK Dato' Sedia Raja untuk upacara Majlis Penutup pada jam 12.45 tengahari.


3. Pihak pengelola amat berharap Pengurus Kontinjen sekolah mengambil langkah-langkah keselamatan kepada pelajar sepanjang perjalanan dari SK Chembong ke SMK Dato, Sedia Raja.