SELAMAT DATANG KE BLOG PPD REMBAU

Friday, September 10, 2021


ASAS PERTIMBANGAN PROGRAM

Pelaksanaan aktiviti atau program ini adalah berdasarkan surat makluman aktiviti pertandingan di bawah Pembangunan Program Adab Dan Nilai secara dalam talian bagi Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan, bertarikh 15 Februari 2021/03 Rejab 1442H (rujukan:KPM.600-17/1/24).

Program Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2021 yang dijalankan secara dalam talian ini dilaksanakan dengan hasrat untuk memperkukuhkan kemenjadian murid secara holistik dalam bentuk aktiviti yang menambah pengetahuan, pengalaman dan motivasi agar menjadi insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) walaupun dalam suasana pendemik Covid-19.